Galeri Foto

PROGRAM WACANA 152 PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN NGO PEMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN

KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, 11 Mac 2023 – Program "WACANA 152" Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dalam Pemartabatan Bahasa Kebangsaan bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan .

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM Kubang Kerian, dan Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) akan mengadakan Wacana 152: Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Pemartabatan Bahasa Kebangsaan pada 11 Mac 2023 (Sabtu), pukul 8.00 hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan.

Matlamat wacana ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat dalam menghargai bahasa kebangsaan dan memberi ruang kepada NGO untuk bersama-sama DBP dalam menyebar, mengembang, memelihara dan memartabatkan bahasa kebangsaan.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP